“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” (HR. Muslim no. 1467)
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallama pernah pula bersabda:
“Empat perkara termasuk daripada kebahagiaan, iaitu wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas/lapang, tetangga yang soleh, dan tunggangan (kendaraan) yang baik. Dan empat perkara yang merupakan kesengsaraan iaitu tetangga yang buruk, isteri yang buruk (tidak solehah), kendaraan yang tidak selesa, dan tempat tinggal yang sempit.” (HR. Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302, disahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’ush Sahih, 3/57 dan Asy-Syaikh Albani dalam Silsilah Al-Ahadis As-Sahihah no. 282)
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.” (HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466)
Rasulullah bersabda :
“Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang menjadi penghuni jannah iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: “Aku tak dapat tidur sehingga engkau redha.” (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257. Silsilah Al-Ahadis As Sahihah, Asy-Syaikh Albani, no. 287)
“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, iaitu isteri solehah yang apabila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya dan apabila ia pergi si isteri ini akan menjaga dirinya”. (HR. Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil rahimahullah berkata dalam Al-Jami’ush Sahih 3/57: “Hadis ini sahih di atas syarat Muslim.”)
“Tidak halal bagi seorang isteri berpuasa (sunnah) sementara suaminya ada kecuali dengan izinnya”. (HR. Al-Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026)
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallama juga pernah bersabda:
“Allah tidak akan melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya padahal dia memerlukannya.” (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa. Silsilah Al-Ahadis As-Sahihah no. 289)

No comments:
Post a Comment